Sejarah Astro Originals Astro_Premier

Kewujudan jenama Astro Originals bermula dengan tayangan siri mini 8-episod yang bertajuk DO[S]A: The Sacred Sin pada tahun 2017 di aplikasi Tribe (buatan Astro untuk penonton mudah-alih di Indonesia)[1] dan di Astro First setahun kemudian.[2] Pada tahun 2018, Demon's Path, drama bersiri thriller asal Hong Kong terbitan Astro Originals telah ditayangkan serentak di Astro Wah Lai Toi dan BOO.[3] Kedua-dua siri ini masih tersedia untuk distrim di aplikasi Astro GO dan sooka.

Sejak daripada itu, karya-karya premium Astro Originals yang lain telah dihasilkan. Pada tahun 2020, Astro Citra menghimpunkan sebilangan tajuk baharu pelbagai genre untuk memberi pengalaman unik kepada penonton seperti Kampong Pisang Bersiri-siri (2020), i-Tanggang: Mother of All Lies (2021), dan Histeria the Series (2022).

Kemudian, pada tahun 2022, jenama Astro Originals berpindah ke Astro Ria dengan One Cent Thief (2022), Projek: High Council (2023), dan baru-baru ini, Jack Yusof: Father in Training (2023).

Astro Originals melebarkan sayap dengan penghasilan siri premium berbahasa Cina di Astro Shuang Xing melalui Lost & Found (2022) dan The Patient (2023), dan di Astro AEC menerusi Once Upon a Kopitiam (2023). Ketersediaan Astro Originals juga boleh distrim buat pertama kali di aplikasi sooka pada tahun yang sama.

Tahun 2022 juga menyaksikan saluran pop-up khas Astro Originals telah diwujudkan. Ianya hasil kejayaan dua siri premium yang menjadi topik perbualan hangat oleh penonton Malaysia — One Cent Thief & Projek: High Council — dengan beberapa kandungan istimewa seperti di sebalik tabir dan temubual bersama para pelakon & pengarah.

Kejayaan membanggakan siri Astro Originals sehingga tercalon atau memenangi penganugerahan serantau telah memberi nafas baharu dalam landskap penghasilan siri televisyen premium yang bermutu tinggi di Malaysia. Pada 24 Ogos 2023, siri adaptasi asal U.K., Liar: Two Sides, One Truth (2023) telah memenangi anugerah perak dalam kategori Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia di acara ContentAsia Awards 2023 yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand.[4]

Pada 22 September 2023, tayangan perdana pertama Astro Premier, Riot!: Rebel with a Cause (2023) telah disiarkan pada jam 9:00 malam waktu Malaysia.[5]

Rujukan

WikiPedia: Astro_Premier https://www.myinfotaip.com/2018/01/dosa-series.htm... https://contentasiaawards.com/and-the-nominees-are... https://www.lowyat.net/2016/98683/astro-tribe-stre... https://www.myinfotaip.com/2023/05/gamers-mangkuk.... https://www.tiktok.com/@radiusone_official/video/7... https://quake.com.my/latest-update/109-astro-unvei... https://content.astro.com.my/channels/Astro-Premie... https://www.contentasia.tv/news/new-home-astros-pr... https://gempak.com/berita-terkini/riot-pembuka-tir...